Rabu, 2 Oktober 2013

Harga minyak naik, Harga barang ikut naik.


H
arga minyak merupakan salah satu isu yang sering dititik berat oleh rakyat Malaysia. Hal ini kerana apabila harga minyak meningkat, banyak barang keperluan harian juga akan meningkat. Contohnya, apabila harga minyak dinaik sebanyak 20 sen per liter, secawan teh tarik juga dinaikkan sebanyak 20 sen. 

Walaupun kerajaan telah mengharamkan pengusaha-pengusaha menaikkan harga barang sewenang-wenangnya, tetapi masih ada pengusaha yang menaikkan harga. Bagi mereka yang menaikkan harga barang, mereka  mengatakan, “Saya menaikkan harga kerana inflasi, bukan disebabkan kenaikkan harga minyak. Saya tidak mengingkari perintah kerajaan.

Adakah pernyataan atas itu betul? Saya juga tidak tahu. Jikalau apa yang dikatakan itu adalah betul, adakah harga barang yang dijual oleh mereka akan dikurangkan harga? Mungkin, jikalau promosi dijalankan.

Wahai rakyat-rakyat Malaysia, air pun ada pasang surutnya, marilah kita sama-sama menghargai segala bantuan yang telah disediakan oleh kerajaan kerana senang sekarang, suatu hari akan susah juga, sepertilah subsidi yang dibagi oleh kerajaan ke atas harga minyak.


 

1 ulasan: